Sunday, December 25, 2011

Nurina Izzati peroleh 8A PMR!

TUJU PENGHARGAAN MENERUSI RAKAMAN VIDEO KHAS


Ketika pengumuman keputusan Penilaian Menengah Rendah 2011 baru-baru ini diumumkan, novelis yang baru sahaja ditabalkan pemenang Anugerah Novelis Pilihan UTW 2011, Nurina Izzati antara yang tidak terkecuali merasai debarannya.

Rezekinya melimpah ruah apabila turut mendapat keputusan cemerlang 8A PMR! Beliau dimaklumkan antara 192 daripada 260 calon yang berjaya mendapat keputusan 8A di sekolahnya, SMK Sultan Badlishah.

"Alhamdulillah, 8A adalah kejayaan yang diidam-idamkan selama ini. Bila saya mendapat tahu cita-cita itu menjadi kenyataan,sudah tentulah saya berasa gembira sekali dan bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan saya peluang menikmati kejayaan ini."

"Saya ingin berterima kasih dengan para guru saya yang tidak henti-henti mengajar kami sehingga memahami apa yang diajarkan. Juga kepada kedua-dua ibu bapa saya, keluarga, rakan-rakan dan semua yang mendoakan kejayaan saya. Alhamdulillah, pembelajaran selama tiga tahun ini tidak sia-sia begitu sahaja," ujarnya gembira.

"Saya ada membuat video yang merakamkan kejayaan pelajar dan sedikit ucapan khas yang ditujukan sebagai penghargaan kepada insan-insan tertentu. Maklumat lanjut boleh baca di blog saya," ujarnya sambil menutup perbualan dengan ucapan 'terima kasih'.

Berikut ialah rakaman video berkenaan.

1 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More