Sunday, August 28, 2011

Persiapan Raya Farissa Hany

TIDAK PERNAH BELI BISKUT DAN KUIH DI LUAR, FATIN RAI LEBARAN DENGAN BISKUT, KUIH DAN KEK BUATAN SENDIRI


Novelis Farissa Hany juga tidak terlepas daripada membuat persiapan meraikan lebaran yang mulia. Walau bagaimanapun, kata Farissa Hany yang lebih selesa membahasakan diri sebagai Fatin berkata, persiapan raya beliau telah lama dibuat.

"Sudah menjadi lumrah keluarga Fatin, kami sememangnya tidak suka membuat persiapan 'last minute'. Baju kurung untuk dipakai pada hari raya pertama sudah pun ditempah seawal Jun lagi dan baju tersebut telah siap dijahit dua minggu lepas," ceritanya.

"Pada setiap hujung minggu sejak minggu kedua Ramadan pula, Fatin sibuk membantu ibu dan nenek di dapur membuat biskut raya. Setakat ini kami sudah membuat lima jenis biskut iaitu biskut dahlia, biskut chocolate chip, biskut cornflakes, biskut tart nenas dan juga biskut oat. Sememangnya Fatin teruja setiap kali tibanya Aidilfitri kerana perkara ini!" kata Fatin dengan teruja.

Uniknya, menurut Fatin, keluarganya tidak pernah membeli biskut atau kuih yang dijual di luar. "Semuanya home made dan dibuat dengan penuh kasih sayang. Hehehehe..." ujar Fatin, sempat bergurau. "Kalau tiada aral melintang, Fatin sendiri akan membuat kek buah untuk dimakan pada hari raya pertama esok. Doakan Fatin supaya kek buah tersebut menjadi, ya?"

"Di kesempatan ini, Fatin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca UTW. Fatin hulurkan sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas salah dan silap yang Fatin lakukan, antara sedar atau tidak. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada pihak Fatin juga," ujar Fatin mengakhiri bicara dengan senyuman.

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More